Rabu, 15 Mei 2013

Takrif Melayu


M. Ptolemy menggunakan istilah 'maleu-kolon' dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan 'malaya-dvipa'. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan 'Mo-lo-yeu' mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata 'ma-lo-yu' tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan 'Malaya' atau 'Melayu' pada bahagian belakangnya. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.


Definisi 'Melayu' dari segi etimologi

Etimologi: Kajian asal-usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
  1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan 'hima alaya'. 'Alaya' bermaksud 'tempat' manakala 'hima alayabermaksud 'tempat bersalji'.
  2. Perkataan Malayapura yang bermaksud 'kota Melayu' atau 'kerajaan Melayu'.
  3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, 'mlayu' yang bermaksud 'mengembara' atau 'pergi ke mana-mana'.
  4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
  5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti 'menyeberang', merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.


Definisi 'Melayu' berdasarkan Bangsa

Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit

Pengertian yang luas

Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan 'The Malay Culture Study Project' (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

Pengertian yang sempit

Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan: taraf Melayu-hilang). Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah:
  • Orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
  • Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian.
  • Orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian.
  • Orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain.

Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan Kern, kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan.


Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):


"Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan:

  1. Yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
  2. Zuriat seseorang yang sedemikian.

Penerangan:

  • Oleh itu, tidak kira dia berbangsa Melayu, Cina atau India, asalkan dia MEMELUK AGAMA ISLAM, boleh bertutur Bahasa Melayu, pernah tinggal di Persekutuan atau di Singapura sehingga mengikut adat-adat tempatan dan lahir di Persekutuan atau di Singapura seperti yang dinyatakan di atas, maka dia digelar 'orang Melayu'. 





Baca Selengkapnya - Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel?
http://www.hasrulhassan.com/2011/11/apa-maksud-melayu-melayu-itu-sama.html#ixzz2TKYU606N

Definisi 'Melayu' dari Segi Etimologi


Etimologi: 
Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. 
  1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan 'hima alaya'. 'Alaya' bermaksud 'tempat' manakala 'hima alaya' bermaksud 'tempat bersalji'.
  2. Perkataan Malayapura yang bermaksud 'kota Melayu' atau 'kerajaan Melayu'.
  3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, 'mlayu' yang bermaksud 'mengembara' atau 'pergi ke mana-mana'.
  4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
  5. Van der Tuuk: Menyatakan bahawa perkataan Melayu bererti 'menyeberang', merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

Dari segi etimologi, 'Melayu' merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya 'Kerajaan Melayu' sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan 'Melayu' itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit 'Malaya' yang bermaksud 'bukit' ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan 'Melayu' berasal dari 'Sungai Melayu' di Jambi.

Istilah “Melayu” ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah 'Melayu' hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah 'Melayu' untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah 'Melayu' yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah 'Melayu' hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.