M. Ptolemy menggunakan istilah 'maleu-kolon' dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Kitab Hindu Purba yang berjudul
Purana terdapat perkataan 'malaya-dvipa'. Catatan orang China yang menyatakan
bahawa sebuah kerajaan 'Mo-lo-yeu' mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja
China sekitar 644-645 Masihi. Satu lagi catatan orang China ialah
catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata 'ma-lo-yu' tentang dua
buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675
Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di
Palembang. Catatan dalam kesusasteraan China
menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah
bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu
kuno. Sebuah patung di Padang Rocore,
Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan 'Malaya' atau 'Melayu' pada bahagian belakangnya. Buku Sejarah Melayu mengaitkan
perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya,
iaitu Sungai Melayu.
Definisi 'Melayu' dari segi etimologi
Etimologi: Kajian asal-usul dan
sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
- Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan 'hima alaya'. 'Alaya' bermaksud 'tempat' manakala 'hima alaya' bermaksud 'tempat bersalji'.
- Perkataan Malayapura yang bermaksud 'kota Melayu' atau 'kerajaan Melayu'.
- Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, 'mlayu' yang bermaksud 'mengembara' atau 'pergi ke mana-mana'.
- Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
- Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti 'menyeberang', merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
Definisi 'Melayu' berdasarkan Bangsa
Istilah Melayu dapat diberi dua
pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit
Pengertian yang luas
Istilah Melayu merujuk kepada
bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan
kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan 'The Malay Culture Study Project' (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu,
termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara umumnya dapatlah dikatakan
bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang
mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur
Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.
Pengertian yang sempit
Pengertian yang sempit ialah seperti
yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai
Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu,
berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad,
tukar kewarganegaraan: taraf Melayu-hilang). Tafsiran Melayu mengikut pengertian
suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu,
syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu
masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama
Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah:
- Orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam
Perlembagaan Malaysia.
- Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan
Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang,
Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian.
- Orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak
ada beragama Kristian.
- Orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada
yang tiada agama, agama-agama lain.
Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras
merangkumi penduduk Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan
Kern, kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal
daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara.
Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang
besar dan berkaitan.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):
"Orang
Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap
Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan:
- Yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
- Zuriat seseorang yang sedemikian.
Penerangan:
- Oleh itu, tidak kira dia berbangsa Melayu, Cina atau India, asalkan dia MEMELUK AGAMA ISLAM, boleh bertutur Bahasa Melayu, pernah tinggal di Persekutuan atau di Singapura sehingga mengikut adat-adat tempatan dan lahir di Persekutuan atau di Singapura seperti yang dinyatakan di atas, maka dia digelar 'orang Melayu'.
http://www.hasrulhassan.com/2011/11/apa-maksud-melayu-melayu-itu-sama.html#ixzz2TKYU606N