Kajian ke atas tokoh kesusasteraan Melayu tradisional. kajian perlu memberi penekanan kepada latar, sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh tersebut. Antara tokoh-tokoh penting kesusasteraan Melayu tradisional yang perlu diberi penekanan ialah:
i.
Tun
Seri Lanang
ii.
Hamzah
Fansuri
iii.
Bukhari
al-Jauhari
iv.
Nuruddin
al-Raniri
v.
Sheikh
Daud al-Fatani
vi.
Raja
Ali Haji
vii.
Syed
Muhammad bin Zainal Abidin
viii.
Sheikh
Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani
(i) TUN SRI LANANG
Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun
Ahmad. Dilahirkan di Johor. Beliau ialah keturunan Bendahara Melaka dan Johor.
Hidup pada akhir abad ke-17, anak kepada Paduka Temenggung Ahmad. Oleh
sebab itu, beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah pertuanan
Melaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau mengarang. Beliau menjadi
Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1579). Tun Sri
Lanang pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin
Riayat Syah tidak berminat memerintah. Raja Abdullah telah meminta beliau yang
bergelar Bendahara Paduka Raja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612.
Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh itu. Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, ‘Buku Melayu’. Hal ini ada tersebut dalam buku ‘Bustan al-Salatin’ karya Syeikh Nuruddin al-Raniri fasal 12 bab 11. Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karangan beliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini.
Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh itu. Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, ‘Buku Melayu’. Hal ini ada tersebut dalam buku ‘Bustan al-Salatin’ karya Syeikh Nuruddin al-Raniri fasal 12 bab 11. Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karangan beliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini.
(ii) HAMZAH FANSURI
Beliau sangat terkenal sebagai seorang
pujangga Melayu-Islam dalam zaman kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di
Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan ahli suluk.
Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam, Mekah dan Madinah.
Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau juga mengembangkan
ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh Syamsuddin al-Sumatera-i. Namun begitu,
ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul
Rauf dari Singkel.
Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan pengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada tahun 1637. Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepada manusia.
Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan pengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada tahun 1637. Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepada manusia.
Hal
ini boleh dilihat dalam ‘Syair Perahu’. Beliau mengibaratkan kehidupan manusia
umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau yang lain ialah ‘Syair Burung
Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai’. Manakala
karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu’ Sarab al-Asyikin dan
Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid’. Hamzah terkenal dalam
Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yang memperkenalkan bentuk syair
yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau juga menjadi penyumbang utama
dalam Sastera Kitab.
(iii) BUKHARI AL- JAUHARI
Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam
kurun ke-17. Beliau berasal dari Johor, tetapi menetap di Acheh pada zaman
pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pada tahun 1603, beliau
mengarang ‘Taj al-Salatin’ yang dikatakan berdasarkan kepada beberapa buah
kitab daripada bahasa Arab dan Parsi. Kitab ini mengandungi falsafah
kemanusiaan, khusus sebagai panduan kepada raja. Namun begitu, ‘Taj al-Salatin’
sangat terkenal di Alam Melayu, dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja
serta diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dan Makasar. Kitab ini sangat tinggi
nilainya kerana pengaruhnya yang sangat begitu luas.
Sebagai
seorang pengarang, tidak syak lagi bahawa beliau ialah penyumbang kepada genre
ketatanegaraan yang membolehkan kita mengetahui peraturan-peraturan yang
dipakai pada zaman dahulu untuk memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua
pihak yang mendiami sesebuah negeri.
(iv) NURUDDIN AL-RANIRI
Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin
Ali al-Raniri. Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam
daerah Gujerat, India. Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang
Jawa ketika berada di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang.
Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik serta
menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi. Beliau sangat
disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau mengarang ‘Bustan
al-Salatin’ (Taman Raja-raja) pada tahun 1638. Sebelum itu, beliau telah
mengarang kitab al-Mustaqin (1628). Beliau juga telah menterjemahkan ‘Kitab
Syarah al-Akaid al-Nasafiya’ ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan
namanya ‘Durrat al-Faraid Bisyarah al-Akaid’.
Beliau
menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin
al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau mengarang kitab ‘Tabyan fi Makrifat al-Adyan’
(1664) yang mengandungi tentangan terhadap ajaran suluk itu. Ada beberapa buah
lagi kitab yang dikarangnya iaitu ‘Asrar al-Insan fi Makrifat al-Roh
wal-Rahman’ (1640), ‘Kitab Akhbar al-Akhirat’(1642) dan ‘Jawahir al-Ulum fi
Kasyf al-Maklum’ (1642).
Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehingga penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultan dan para pembesar lainnya. Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan juga kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjuk dan panduan kepada rakyat serta pemerintah.
Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehingga penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultan dan para pembesar lainnya. Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan juga kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjuk dan panduan kepada rakyat serta pemerintah.
(v) SYEIKH DAUD
AL-FATANI
Nama sebenar beliau Syeikh Daud ibn
Abdullah. Lahir di Krisik, Patani, Selatan Thai pada awal abad ke-18. Beliau
pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di Madinah. Beliau terkenal
sebagai ulamak yang banyak mengarang buku-buku agama di samping berdakwah
menerusi buku-buku karangannya di seluruh Alam Melayu.
Di
samping itu,beliau mempunyai pengikut dan anak muridnya di seluruh Alam Melayu
termasuk raja-raja dan pembesar seperti Sultan Safuddin, Raja Sambas. Antara
karangan-karangan beliau yang terkenal ialah ‘Kifyatul Muhtaj’ (Hikayat Mikraj
al-Nabi), ‘Al-Dhur al-Thamin’ (membicarakan tentang pengikut Islam), ‘Ghayatul
takrib’ (membicarakan hukum faraid), ‘Minhaj al-Abidin’ dan ‘Furu al-Masa’il
waUsul al-Masa’il. Berpandukan hasil-hasil karya beliau, kita dapat
menggolongkan Syeikh Daud sebagai ulamak dan pengarang sastera kitab yang gigih
dan berpengaruh di Alam Melayu.
(vi) RAJA ALI HAJI
Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau.
Berketurunan pembesar Bugis. Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi
Yamtuan Muda Johor pada tahun 1777. Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar
Riau yang pernah dihantar berunding dengan Belanda di Jawa. Beliau pernah
mengikut ayahnya menunaikan haji ke Mekah dan menuntut ilmu ke sana.
Sekembalinya ke Riau, beliau bertugas sebagai penasihat dan guru kepada Raja
Ali, Yamtuan Muda Johor ketika itu. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa dan
menulis buku tatabahasa Melayu iaitu ‘Bustan al-Katibin’ (Taman Pujangga) pada
tahun 1857. Usaha beliau mendapat sanjungan kerana penyusunannya membantu
menambah buku tatabahasa Melayu. Beliau juga mengarang sebuah kamus yang
bernama ‘Kitab Pengetahuan Bahasa’ tetapi karyanya yang paling terkenal ialah
‘Tuhfat al-Nafis’ yang dikarangnya pada tahun 1865 di Pulau Penyengat, Riau
yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau.
Karya
yang berbentuk Sastera Sejarah ini amat berbeza dengan karya yang sama
denganya. Sungguhpun masih terdapat mitos dan lagenda di dalamnya, tetapi
tarikh-tarikh telah diberikan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, tidak
seperti dalam ‘Sejarah Melayu’ dan ‘ Hikayat Raja-raja Pasai’. Karya-karya
beliau yang lain ialah ‘Syair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, Syair
Siti Sianah, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala Mastika Alam’. Oleh itu,
kita boleh menganggap beliau sebagai seorang pengarang yang prolifik pada
zamannya. Beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan tetapi
juga sejarah dan bahasa.
(vii) SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL
ABIDIN
Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan
Besar di Terengganu. Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung
daripada bapanya dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin Abdul
Rahim juga seorang ulamak dan mufti zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar di
Bulat Bayas. Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad
Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal Abidin III. Seterusnya
beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin, tasawuf di samping ilmu
bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud dan qafiah). Hasilnya beliau
sangat berminat dengan sastera.
Antara
karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah ‘Kanz al-Ula, Sirat
al-Nabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan Tahliyat
al-Wildan. Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang akidah dan fiqh.
Beliau merupakan ahli agama dan sastera yang terkenal di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu.
(viii) SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN
AL-FATANI
Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin
Muhammad Zain bin Mustafa. Lahir di Patani dalam tahun 1856. Mendapat
pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir. Beliau bukan
sahaja mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf
malahan sangat cenderung kepada mata pelajaran sains dan sastera.
Di
samping itu, beliau meminati ilmu perubatan. Beliau telah menghasilkan beberapa
buah karya dalam beberapa bidang ilmu. Hasil tulisannya terdapat 10 buah buku
dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku dalam bahasa Arab. Karangan-karangannya
meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah, sains, bahasa,
sastera dan perubatan. Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di
Mesir membolehkannya mengarang kitab dan menerbitkannya. Antara karangan beliau
yang terkemuka ialah ‘Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin’ yang memuatkan
segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau dapat dianggap sebagai tokoh pengarang yang
serba boleh dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan