Definisi dan Konsep Penulisan
Menulis
ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi
ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan
beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan
bercetak. Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan
penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan,
yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih
luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat.
Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan
menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja.
Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang
memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999)
mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam
bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi
bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain.
Kekuatan kepengarangan
AMBIGUITI
salah satu unsur sastera. Ciri-ciri ambiguiti dan ketaksaan penting sebagai
satu gejala, tanda dan unsur di dalam karya kreatif. Ia berkait rapat dengan
proses kreatif, pemikiran dan ideologi pengarang. Ambiguiti membawa maksud
‘perihal yang kabur atau ‘taksa’ (Kamus Dwibahasa, 2001: 38). Kekaburan atau
ketaksaan itu bertujuan untuk menyembunyikan maknanya yang sebenar. Justeru
sifat ambiguous menjadi penting dalam karya kreatif sebagai sebuah teks
mengandungi makna yang tersirat, yang tidak dikhabarkan dengan jelas oleh
pengarangnya.
Ambiguiti
diletakkan dalam kategori ‘intuition’ dan bertaraf (degree of evidence) yang
sinonim ertinya dengan uncertainty, incertitude, doubtfulness, dubiety,
dubiousness, indetermination, slipperiness, fallibility, perplexity, dan
hestitation. Memahami maksud intuisi, maka ketaksaan terjadi atau berlaku
sebagai satu cara bagaimana seseorang penulis atau pengarang mengambil sikap,
dalam rangka mencipta karya dan pemikiran kreatifnya, melalui beberapa kualiti
gaya yang bersamaan pula dengan maksud kekaburan (obscurity), di samping
kata imperspicuity. Kata sifat: obscure, confused, ambiguous, vague,
unintelligible, dan involved ini, kesemuanya diletakkan dalam
kelompok ‘Komunikasi Idea’ dalam Roget’s Thesaurus, (1992; 571).
Motif kepengarangan
Karya-karya
kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk dinikmati dan
dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah masyarakat yang menggunakan hasil-hasil
kesusasteraan tersebut yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi
seseorang pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang
diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan menentukan apa yang
dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh khalayak. Dengan kata lain,
pengetahuan pengarang itu merangkumi tujuan-tujuan khalayak menikmati dan
menghayati karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu
kepada khalayak. Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa
sekurang-kurangnyakesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas:
1.
Pendidikan/Pengajaran/Didaktik
2.
Kepuasan estetik.
Ø Kesusasteraan Berfungsi Sebagai
Alat Pendidikan
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat dengan
unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-pengarang yang menghasilkan
sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak
pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui
kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang
ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini
dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu
pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak menikmati karya-karya mereka
secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oleh
pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.
Ø Kesusasteraan Berfungsi Memberi
Kepuasan Estetik.
Apakah
itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya dicari dahulu
maksud dan asal kata estetik. Dalam bahas Melayu estetik juga disebut estetika.
Ia diambil dari kata Inggeris "aesthetic". Orang Inggeris
juga sebenarnya meminjam perkataan tersebut daripada budaya
Greekaisthanesthai yang boleh diertikan sebagai to preceive. Bernard
Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah keindahan yang sudah
bermula sejakzaman Greek, yang dimulai oleh Socrates.
Di
dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik merupakan
kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita
rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah dan
sering dikaitkan dengan falsafah seni.
Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini Kesusasteraansebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera atau seni lainnya.Dengan maksud ringkas di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan